|
Terma dan Syarat-syaratnya adalah seperti berikut serta tertakluk kepada perubahan:
|
|
1.
|
Perjanjian
|
|
a.
|
Perjanjian terma dan syarat ini adalah mewakili anda ("Ahli web Pasaraya.My") serta pihak Pasaraya.My.
Dengan menggunakan perkhidmatan kami ini, anda bersetuju dengan syarat dan perjanjian yang disenaraikan.
|
|
b.
|
Terma dan syarat ini boleh diubah dan dipinda pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda. Anda akan terikat dengan mana-mana pindaan atau semakan dan kemaskini terbaru dan seumpamanya. Anda dinasihati untuk membaca Syarat dan Perjanjian ini apabila anda mengakses laman web ini.
|
|
c.
|
Penggunaan anda di laman web ini selepas pindaan atau perubahan lain akan membentuk penerimaan baru anda kepada Syarat dan Perjanjian yang terbaru.
|
|
d.
|
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat serta perjanjian ini, kami menasihatkan anda supaya tidak melayari laman web ini.
|
|
|
|
|
2.
|
Pendaftaran
|
|
a.
|
Dengan mendaftar di laman web Pasaraya.My anda bersetuju bahawa segala maklumat yang anda berikan, atau dikemaskini dari masa ke masa adalah benar, jujur serta terkini mengenai maklumat profil anda.
|
|
b.
|
Anda bersetuju bahawa anda hanya mempunyai satu sahaja ID pengguna dan kata laluan.
|
|
c.
|
Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab dia atas segala yang anda berikan di dalam penghantaran mesej peribadi, komen, mesej di lot kedai, forum dan sebagainya.
|
|
d.
|
Anda juga bersetuju bahawa ID pengguna dan kata laluan anda adalah milik peribadi anda yang tidak boleh ditukar milik serta maklumat di laman web ini tidak boleh disebarkan kepada orang lain yang tidak berhak menggunakan laman web ini. Pihak syarikat berhak menuntut gantirugi sekiranya terdapat masalah disebabkan penggunaan ID pengguna yang tidak sah milik (ID pengguna anda digunakan oleh orang lain). Jika anda mendapati ada orang yang menggunakan ID pengguna anda, sila beritahu pihak Pasaraya.My.
|
|
|
|
|
3.
|
Penggunaan Bahan Kandungan Adalah Terhad
|
|
a.
|
Semua kandungan laman web ini adalah kepunyaan pihak Pasaraya.My dan diselenggara oleh pihak syarikat. Kecuali dinyatakan sebaliknya.
|
|
b.
|
Tidak ada bahan-bahan daripada laman web ini yang boleh ditiru, menyalin, menerbitkan semula, memuat naik, diposkan, menyiarkan, bercetak, teragih, terubah, mengguna semula dan dihantar semula untuk orang ramai atau tujuan komersial termasuk teks, imej-imej, audio dan video, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak syarikat.
|
|
|
|
|
4.
|
Berkenaan maklumat peribadi anda dan log masuk.
|
|
a.
|
Anda perlu mengemaskini maklumat peribadi anda dari masa ke masa, sekiranya terdapat perubahan.
|
|
b.
|
Kami bertanggungjawab untuk menyimpan segala maklumat peribadi anda. Semua maklumat peribadi anda adalah semata-mata untuk rujukan kami bila perlu. Kami perlu menghubungi anda bagi tujuan langganan, bonus, promosi, dan segala berkaitan syarikat.
|
|
c.
|
Setelah anda log masuk (log in) ke dalam web Pasaraya.My, anda perlu klik link/pautan/butang Keluar/logout. Ini penting bagi menjamin kelancaran anda menggunakan laman web ini serta keselamatan maklumat peribadi anda.
|
|
d.
|
Segala masalah log masuk serta masalah urusan langganan hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami secepat mungkin.
|
|
|
|
|
5.
|
Berkenaan Berdaftar Sebagai Peniaga/Usahawan di Pasaraya.My
|
|
a.
|
Melengkapkan semua maklumat peribadi anda di laman web Pasaraya.My
|
|
b.
|
Pihak Pasaraya.My berhak membuang, menghapus dan menyenarai hitam lot-lot kedai yang melanggar etika tatasusila dan adab yang boleh mengganggu keharmonian komuniti laman web Pasaraya.My tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Oleh itu pemilik atau pengurus lot-lot kedai mestilah memastikan segala media, kandungan dan sebagainya adalah bertepatan dengan etika atau moral dan adab rakyat Malaysia.
|
|
c.
|
Pihak Pasaraya.My berhak membuang, menghapus atau menyunting maklumat lot-lot kedai sekiranya lot-lot kedai anda mempunyai pautan atau link ke laman web pengiklanan yang lain.
|
|
d.
|
Kopun Diskaun bagi langganan/sewa lot kedai akan diberikan pelawat/ahli biasa dari masa ke masa sekiranya ada dan pihak Pasaraya.My tidak terikat untuk mengadakan kopun diskaun setiap masa. Kupon diskaun dikeluarkan apabila ada promosi tertentu sahaja.
|
|
|
|
|
6.
|
Web browser
|
|
a.
|
Kami menasihatkan anda supaya menggunakan web browser Mozilla Firefox, Opera, Google chrome, Safari serta Internet Explorer yang terkini bagi paparan memuaskan di laman web ini. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda mempunyai masalah semasa melayari laman web ini kerana menggunakan web browser selain yang disarankan.
|
|
|
|
|
8.
|
Disclaimer/Penafian:
|
|
a.
|
Kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah atau kerosakan yang anda hadapi semasa anda melayari laman web Pasaraya.My.
|
|
b.
|
Kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah log masuk sekiranya disebabkan anda berkongsi ID pengguna dan kata laluan kepada orang lain semasa anda melayari laman web ini dan juga gangguan talian internet anda.
|
|
c.
|
Pihak Kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada syarikat lain yang menipu anda menawarkan pakej yang sama seperti ini di laman web yang lain atau orang perseorangan (selain wakil negeri kami) yang mengaku sebagai wakil Pasaraya.My bagi mengaut keuntungan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Sila bertanyakan kepada kami dan rujuk laman web dari masa ke masa sekiranya anda ingin kepastian.
|