Menangi Cabutan Bertuah
TV LCD SONY 32"

dengan hanya mendaftar secara percuma dan
memberitahu rakan atau kenalan anda yang lain
di PASARAYA.MY
Terma dan Syarat Penyertaan
1. Semua warganegara Malaysia sahaja tanpa had umur.
2. Tempoh mulai 20 Julai 2009 sehingga 31 Mei 2010.
3. Terbuka kepada ahli PASARAYA.MY termasuk ahli biasa dan peniaga/pemilik lot kedai (lot kedai pakej Percuma, Emas dan Berlian) di PASARAYA.MY
4. Anda perlu mendaftar secara sah sebagai ahli di PASARAYA.MY sebagai ahli biasa atau peniaga di PASARAYA.MY. Beritahu seberapa ramai rakan anda untuk mengisi borang pendaftaran dan mendaftar secara sah sebagai ahli.
5. Anda mestilah mencukupkan minima 25 orang rakan atau kenalan anda berdaftar di PASARAYA.MY sepanjang tempoh promosi bagi melayakkan anda menyertai cabutan bertuah ini. Setiap rakan anda tersebut mestilah berdaftar dengan PASARAYA.MY secara sah.
6. Rakan anda tersebut mestilah mengisi ID Pengguna anda di ruang INFO LAIN. Rujuk dalam Borang Pendaftaran seperti gambarajah di bawah. * Contoh borang di bawah ialah ruang bewarna merah.

Cari Kenalan Anda
7. Pihak PASARAYA.MY tidak bertanggungjawab sekiranya rakan anda atau kenalan anda salah memasukkan ID Pengguna anda contohnya salah ejaan dan sebagainya.
8. Ahli keluarga staf/pekerja PASARAYA.MY DAN saudara terdekat tidak layak menyertai promosi ini.
9. Pihak PASARAYA.MY berhak menukar hadiah kepada jenama lain yang lebih kurang sama harga sekiranya kehabisan stok.
10. Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pemberitahuan. Selepas tempoh tersebut, hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan tanpa sebarang notis pemberitahuan. Adalah difahami bahawa PASARAYA.MY memiliki hak mutlak ke atas hadiah yang tidak dituntut. PASARAYA.MY tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
11. Hadiah perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang kecuali atas notis yang diberitahu terlebih dahulu. Semasa menuntut hadiah, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh, antara lainya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan passport.
12. Pihak PASARAYA.MY TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan kourier atau pos untuk penghantaran hadiah. Hadiah mestilah ditebus oleh pemenang sendiri di lokasi yang akan dinyatakan kemudian.
13. Pihak PASARAYA.MY berhak menyiarkan gambar pemenang dan hadiah bagi tujuan promosi di laman web atau media lain.
14. Semua keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Cabutan Bertuah ini dibawakan khas kepada anda oleh PASARAYA.MY